Thursday, April 16, 2015

Kek Batik Tamar Cocoa

Kek Batik Tamar Cocoa

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua~~~!

Pagi ini saya sibuk mencari resepi di internet, bahan dan cara untuk membuat kek batik menggunakan tamar cocoa. Jika semalam saya telah upload bahan dan cara menghasilkan kek batik menggunakan milo, tapi hari ini saya terfikir untuk menggantikan milo dengan tamar cocoa. Memandangkan rasa milo dengan tamar cocoa tidak jauh beza, rasanya tidak salah untuk saya mencuba. 

Cari dan mencari, terjumpa satu blog hasil tulisan UmmuHakeem. Resepi yang simple dan mudah. 

Malangnya, tidak ada penjelasan lanjut tentang bahan yang digunakan. Hanya gambar sebagai rujukan. Oleh itu, saya simpulkan dahulu bahan yang digunakan melalui pemerhatian saya.

Bahan:-
1. 1 buku buttercup
2. 1 cawan penuh serbuk tamar cocoa
3. 1/2 cawan susu pekat manis
4. 1 paket biskut marie yang telah dipatahkan

Hasilnya kita tunggu selepas saya mencuba ye... Hehehee.. Kita simpan dulu link dari blog beliau.

Jumpa lagi semua~~!!


Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik - sumber dari Facebook (Kek Batik Cikgu Menoh)

Bahan-bahannya:

350g Biskut Marie (dipatahkan)

375g Mentega


400g Coklat masakan


15 sudu penuh Milo


1/2 cawan susu pekat manis


3 biji telur



Cara-caranya:


1. Campurkan  kesemua bahan di dalam kuali (kecuali biskut marie).


2. Hidupkan api. Guna api perlahan dan tidak terlalu besar.


3. Kacau sehingga semua bahan tadi cair dan sebati. Rasa, jika sukakan manis boleh tambah susu pekat manis lagi.


4. Teruskan kacau sehingga mendidih. Kemudian tutup api.


5. Masukkan kesemua biskut marie yang telah dipatahkan tadi. Gaul sekata.


6. Pindahkan ke dalam bekas plastik. Tekan dengan perlahan sehingga manpat di dalam bekas.

7. Kemudian simpan di dalam peti ais. Tunggu sehingga keras barulah dipotong.

Selamat mencuba! Saya masih belum berkesempatan untuk mencuba resepi ini. Hanya lihat caranya melalui video di facebook. Kita simpan dahulu resepinya. Hehehe..Jika berkelapangan nanti boleh la mencuba. 

Friday, April 3, 2015

Resepi Puding Roti

Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua~~!!

Malam tadi saya cuba satu resepi baru dari Klik sini. Ini adalah percubaan pertama saya membuat puding roti. Dah lama berhasrat nak buat puding roti ini, tapi semalam baru berkesempatan.

Pagi ini masuk pejabat, bagi kawan-kawan pejabat rasa. Semuanya puji sedap. Alhamdulillah. Jom kita tengok resepinya. Memang terbukti sedap walaupun dimakan tanpa sos kastard.

Bahan-Bahannya:-

7 keping roti (saya guna roti GARDENIA)

1 tin susu cair (saya guna jenama IDEAL)

4 biji telur (saiz sederhana)

4 sudu gula (boleh kurangkan kepada 3 sudu jika suka kurang manis)

1 sudu mentega (boleh dicairkan jika mahu, kalau tak nak tak mengapa)

1 sudu esen vanilla

secubit garam

Kismis secukupnya


Cara-caranya:-

1. Campurkan mentega bersama gula, telur, susu, esen vanilla dan garam. Kacau bahan tersebut sehingga sebati bersama. 

2. Susun roti dalam pemanggang ajaib. Selang selikan dengan kismis. Roti, kismis, roti, kismis.

3. Tuangkan bancuhan telur tadi ke atas roti. Biarkan selama 5-10 minit atau sehingga roti kembang.

4. Bakar dengan api kecil selama 10 minit di setiap bahagian atau hingga masak.

5. Setelah masak, biarkan seketika sebelum dimakan bersama atau tanpa sos kastard.


Bahan untuk sos kastard:-

1 tin susu cair

1 tin air (gunakan tin susu tadi)

2 sudu tepung kastard

2 sudu gula


Cara membuat sos kastard:-

1. Campurkan tepung, susu, air dan gula ke dalam periuk. Kacau sehingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.

2. Tuangkan ke atas puding roti tadi.

Tadaaaa~~~~Inilah hasilnya!!! 


Selamat mencuba~~!!!

Membuat Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib

Bahan-bahannya :


7-8 keping roti
4 biji telur
1/2 cawan susu segar/susu cair
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu mentega – cairkan
secubit garam
kismis/prune/kurma dihiris halus

Cara-caranya :

1) roti dikerat2 kecik.
2) pukul telur, tambah susu, gula, garam. dan esen vanilla dan mentega, kemudian kacau sebati
3) susun roti dalam pemanggang ajaib dan selang selikan dengan tambah kismis/prune/kurma
4) tambahkan adunan telur tadi dengan menggunakan sudu. biarkan hingga roti kembang
5) bakar 5-10 min setiap bahagian/ hingga masak

Bahan untuk Sos Kastard


1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara Membuat Kuah@ Sos Kastard

Campurkan  ke dalam periuk dengan api kecil dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
- See more at: http://pemanggang-ajaib.com/resepi-puding-roti-dengan-sos-kastard-resepi-pemanggang-ajaib/#sthash.vLHCMQis.dpuf

Membuat Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib

Bahan-bahannya :


7-8 keping roti
4 biji telur
1/2 cawan susu segar/susu cair
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu mentega – cairkan
secubit garam
kismis/prune/kurma dihiris halus

Cara-caranya :

1) roti dikerat2 kecik.
2) pukul telur, tambah susu, gula, garam. dan esen vanilla dan mentega, kemudian kacau sebati
3) susun roti dalam pemanggang ajaib dan selang selikan dengan tambah kismis/prune/kurma
4) tambahkan adunan telur tadi dengan menggunakan sudu. biarkan hingga roti kembang
5) bakar 5-10 min setiap bahagian/ hingga masak

Bahan untuk Sos Kastard


1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara Membuat Kuah@ Sos Kastard

Campurkan  ke dalam periuk dengan api kecil dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
- See more at: http://pemanggang-ajaib.com/resepi-puding-roti-dengan-sos-kastard-resepi-pemanggang-ajaib/#sthash.vLHCMQis.dpuf

Membuat Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib

Bahan-bahannya :


7-8 keping roti
4 biji telur
1/2 cawan susu segar/susu cair
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu mentega – cairkan
secubit garam
kismis/prune/kurma dihiris halus

Cara-caranya :

1) roti dikerat2 kecik.
2) pukul telur, tambah susu, gula, garam. dan esen vanilla dan mentega, kemudian kacau sebati
3) susun roti dalam pemanggang ajaib dan selang selikan dengan tambah kismis/prune/kurma
4) tambahkan adunan telur tadi dengan menggunakan sudu. biarkan hingga roti kembang
5) bakar 5-10 min setiap bahagian/ hingga masak

Bahan untuk Sos Kastard


1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara Membuat Kuah@ Sos Kastard

Campurkan  ke dalam periuk dengan api kecil dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
- See more at: http://pemanggang-ajaib.com/resepi-puding-roti-dengan-sos-kastard-resepi-pemanggang-ajaib/#sthash.vLHCMQis.dpuf

Friday, March 13, 2015

Sarapan Sandwich Sambal Sedap

Hi semua~~!!

Hari ini saya excited nak share dengan semua pembaca kat luar sana tentang sarapan saya pagi tadi. 

Siapa masa sekolah dulu-dulu suka makan roti sandwich sambal? Teringat zaman saya sekolah menengah dulu (tahun 1990an), saya dan kawan-kawan selalu beli roti sambal yg makcik kat kantin sekolah jual. Sangat sedap tau korang!! 

Setelah bertahun lamanya meninggalkan zaman persekolahan, barulah hari ini saya terkenang kembali memori itu..hukhukkk..nak menunjukkan memang dah lama saya tak makan roti sandwich berintikan sambal ni..sebab ape tau? sebab tak berapa nak rajin nak buat sambal tumis. hahaha..ok tak nak cerita panjang lebar, jom kite tengok sikit macamana rupa roti sandwitch sambal yg saya makan pagi tadi..

jeng jeng jeng~~!!




haaa...tunjuk sikit je dlu..hihi...kalau pembaca semua nak tahu, pagi td saya makan roti sandwich tu bersama sambal tumis serbaguna. Sambal tumis serbaguna ni memang sesuai dan sedap tau! Kelebihan dia sebab boleh dimakan terus. Pendek kata 'Ready to Eat'. Makan dengan roti, sapu terus sahaja sambal tu ke atas roti, dah boleh terus makan lepas tu.





Hehehe...itula rotinya yang telah disapukan dengan sambal tumis serbaguna keluaran Norad's Kitchen. 

Untuk pengetahuan pembaca juga, sambal ini pelbagai kegunaan. sebab itulah namanya sambal tumis serbaguna. Boleh digunakan buat ayam goreng sambal, ikan/udang/sotong goreng sambal dan sebagainya. Boleh juga dibuat sebagai bahan tumis untuk nasi goreng, mee goreng ataupun kuew teow goreng. 

Boleh tengok pelbagai kegunaan sambal ini di sini. Next entry nanti saya ceritakan lagi kegunaan sambal ini bersama produk-produk yang lain. 

Kepada yang berminat untuk dapatkan sambal tumis serbaguna Norad's Kitchen boleh hubungi saya untuk pembelian. Atau cari saya di Facebook - Norshahidah Abdullah. Selamat memasak bersama Norad''s Kitchen~~!!

Thursday, March 5, 2015

Resepi Burger Malaysia (percubaan pertama)

Resepi Burger Malaysia

Hi semua~~! Arinie saya nak kongsi resepi burger malaysia @ pau sambal yang menjadi kegemaran ramai.

Minggu lepas, 1/3/2015, saya bersama rakan office 2 org cuba buat pau sambal nie. saya ikut resepi dari page SWEET V@NiLL@.. kitorg start adun tepung lps kul 12 mlm hihi (lepas mandi pool).

mula-mula test goreng 3 biji (sorang sebiji je ok) memang menjadi, sedap, gebu macam yg diidam2kan...nak jadikan cerita, kami sambung goreng burger tu pagi esoknya. konon2 nak bawak burger goreng tu ke tournament bowling ptg hari. so tak nak goreng burger tu awal sangat, sebab tu kitorg decide goreng pagi. 

sekali, masa tgh goreng tu tgk tekstur burger tadi bertukar ha ha haaaa 'bertukar' korang....dr lembut gebu menjadi keras kejung burger tu hahahaaha!! org kata kalau baling ke dinding harus melantun balik la. macam 'bantat' orang kata. ala2 dah merajuk la adunan tepung tadi sampai tak mo jadi molek. akhirnya jumpa tong sampah la adunan burger malaysia kami tu...huhu..(malu nak cerita lagi details rasa dan kekerasan burger tu. hihi)

dipendekkan cerita, pagi td masa browsing blog Ayu Rashid baru tahu kenapa doh burger malaysia kami tak menjadi. puncanya adalah sebab doh tadi dah terlalu lama naik (over gebu). mana tidaknya, kami adun jam 12 tgh malam, kemudian ditinggalkan semalaman (8 jam), dengan tak tutup dengan kain lembap (tujuan - utk kekalkan kelembapan tepung), jam 8.30 pagi baru terhegeh2 nk goreng burger tu..esok pagi tu mmg harus besar yg amat la doh kami..tula antara sebab ia tak menjadi (selain dari kami yg baru first time nak mencuba)...hahahahha..

takpelah, ini percubaan pertama kami utk buat burger malaysia yang tak menjadi. seperti kata pepatah, nobody perfect..hahaha ade kaitan ke?? hihihi. lain kali kami akan cuba buat lagi. nak try resepi dr Ayu Rashid pulak lepas nie. mudah2an menjadi. amin!! nanti kalau jadi & sedap bolehlah saya post gambar kt sini ye...

jumpe lagi semua di lain entry~~!! bye2!!

Tuesday, March 3, 2015

Mencipta Homepage Sendiri

Mencipta Homepage sendiri? Bagaimana? 

Haa..arini saya nak share macam mana kita boleh create homepage kita sendiri di browser yang kita suka guna, contohnya di Internet explorer. 

Cara-caranya:-

1. Pergi ke website http://www.searchmyway.com

2. Di ruangan Home, click pada button berwarna oren yang bertulis "Make Your Homepage Now".

3. Kemudian pilih tema. Kepada yang sukakan tema Abstract, boleh click pada 'Abstract'..kepada yang suka tema lain, boleh pilih dari list yg disenaraikan. 

4. Saya pilih 'Funny' theme dan pilih gambar yang disukai. Saya pilih 'funny hamster'.

5. Selepas itu, masukkan nama homepage anda di ruangan 'My Homepage Logo Name'. Kemudian click pada button 'Make My Homepage'

6. Tadaaaaaa!!!!! Dah siap~~~!!! hehehe...senangkan?? Bolehlah anda cuba lepas nie...selamat mencuba semua..

Kat bawah nie step by step creation melalui gambar.







Jumpa lagi di lain entry..Bye2 semua~~!!! Jangan lupa set as your homepage ya..




Monday, March 2, 2015

Hari Pertama menulis

Hari Pertama menulis


Assalamualaikum semua! Hehehe..excited rasanya dapat menulis kembali di dalam blog. Dah lama saya tinggalkan zaman blog2 nie kalau tak silap last mengarang tahun 2009..huhu dah 6 tahun ditinggalkan. Saya ambil keputusan untuk berblog semula dan start dengan sesuatu yg baru dan fresh. Hasilnya lahirlah blog nie -- Syasyacoolblog.blogspot.com. 

Meh saya cerita kenapa saya pilih nama syasya coolblog nie sebagai nama page blog saya. Saya ada create homepage saya sendiri utk browsing internet. Saya letakkan nama dia sebagai Syasya Coolblog. Boleh tengok kt bawah homepage saya. Comel tak nama tu? heheehe...saya rasa ia comel!! hihi perasan kan? tak kisah la yang penting saya happy lalalalala~~~ 

p/s untuk next entry saya akan cuba share macammane nak create homepage kita sendiri. jumpa lagi semua...bye!!