Thursday, April 16, 2015

Kek Batik Tamar Cocoa

Kek Batik Tamar Cocoa

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua~~~!

Pagi ini saya sibuk mencari resepi di internet, bahan dan cara untuk membuat kek batik menggunakan tamar cocoa. Jika semalam saya telah upload bahan dan cara menghasilkan kek batik menggunakan milo, tapi hari ini saya terfikir untuk menggantikan milo dengan tamar cocoa. Memandangkan rasa milo dengan tamar cocoa tidak jauh beza, rasanya tidak salah untuk saya mencuba. 

Cari dan mencari, terjumpa satu blog hasil tulisan UmmuHakeem. Resepi yang simple dan mudah. 

Malangnya, tidak ada penjelasan lanjut tentang bahan yang digunakan. Hanya gambar sebagai rujukan. Oleh itu, saya simpulkan dahulu bahan yang digunakan melalui pemerhatian saya.

Bahan:-
1. 1 buku buttercup
2. 1 cawan penuh serbuk tamar cocoa
3. 1/2 cawan susu pekat manis
4. 1 paket biskut marie yang telah dipatahkan

Hasilnya kita tunggu selepas saya mencuba ye... Hehehee.. Kita simpan dulu link dari blog beliau.

Jumpa lagi semua~~!!

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik - sumber dari Facebook (Kek Batik Cikgu Menoh)

Bahan-bahannya:

350g Biskut Marie (dipatahkan)

375g Mentega

400g Coklat masakan

15 sudu penuh Milo

1/2 cawan susu pekat manis

3 biji telur

Cara-caranya:

1. Campurkan  kesemua bahan di dalam kuali (kecuali biskut marie).

2. Hidupkan api. Guna api perlahan dan tidak terlalu besar.

3. Kacau sehingga semua bahan tadi cair dan sebati. Rasa, jika sukakan manis boleh tambah susu pekat manis lagi.

4. Teruskan kacau sehingga mendidih. Kemudian tutup api.

5. Masukkan kesemua biskut marie yang telah dipatahkan tadi. Gaul sekata.

6. Pindahkan ke dalam bekas plastik. Tekan dengan perlahan sehingga manpat di dalam bekas.

7. Kemudian simpan di dalam peti ais. Tunggu sehingga keras barulah dipotong.

Selamat mencuba! Saya masih belum berkesempatan untuk mencuba resepi ini. Hanya lihat caranya melalui video di facebook. Kita simpan dahulu resepinya. Hehehe..Jika berkelapangan nanti boleh la mencuba. 

Friday, April 3, 2015

Resepi Puding Roti

Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua~~!!

Malam tadi saya cuba satu resepi baru dari Klik sini. Ini adalah percubaan pertama saya membuat puding roti. Dah lama berhasrat nak buat puding roti ini, tapi semalam baru berkesempatan.

Pagi ini masuk pejabat, bagi kawan-kawan pejabat rasa. Semuanya puji sedap. Alhamdulillah. Jom kita tengok resepinya. Memang terbukti sedap walaupun dimakan tanpa sos kastard.

Bahan-Bahannya:-

7 keping roti (saya guna roti GARDENIA)

1 tin susu cair (saya guna jenama IDEAL)

4 biji telur (saiz sederhana)

4 sudu gula (boleh kurangkan kepada 3 sudu jika suka kurang manis)

1 sudu mentega (boleh dicairkan jika mahu, kalau tak nak tak mengapa)

1 sudu esen vanilla

secubit garam

Kismis secukupnya

Cara-caranya:-

1. Campurkan mentega bersama gula, telur, susu, esen vanilla dan garam. Kacau bahan tersebut sehingga sebati bersama. 

2. Susun roti dalam pemanggang ajaib. Selang selikan dengan kismis. Roti, kismis, roti, kismis.

3. Tuangkan bancuhan telur tadi ke atas roti. Biarkan selama 5-10 minit atau sehingga roti kembang.

4. Bakar dengan api kecil selama 10 minit di setiap bahagian atau hingga masak.

5. Setelah masak, biarkan seketika sebelum dimakan bersama atau tanpa sos kastard.

Bahan untuk sos kastard:-

1 tin susu cair

1 tin air (gunakan tin susu tadi)

2 sudu tepung kastard

2 sudu gula

Cara membuat sos kastard:-

1. Campurkan tepung, susu, air dan gula ke dalam periuk. Kacau sehingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.

2. Tuangkan ke atas puding roti tadi.

Tadaaaa~~~~Inilah hasilnya!!! 

Selamat mencuba~~!!!

Membuat Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib

Bahan-bahannya :

7-8 keping roti
4 biji telur
1/2 cawan susu segar/susu cair
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu mentega – cairkan
secubit garam
kismis/prune/kurma dihiris halus

Cara-caranya :

1) roti dikerat2 kecik.
2) pukul telur, tambah susu, gula, garam. dan esen vanilla dan mentega, kemudian kacau sebati
3) susun roti dalam pemanggang ajaib dan selang selikan dengan tambah kismis/prune/kurma
4) tambahkan adunan telur tadi dengan menggunakan sudu. biarkan hingga roti kembang
5) bakar 5-10 min setiap bahagian/ hingga masak

Bahan untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara Membuat Kuah@ Sos Kastard

Campurkan  ke dalam periuk dengan api kecil dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
- See more at: http://pemanggang-ajaib.com/resepi-puding-roti-dengan-sos-kastard-resepi-pemanggang-ajaib/#sthash.vLHCMQis.dpuf