Friday, March 13, 2015

Sarapan Sandwich Sambal Sedap

Hi semua~~!!

Hari ini saya excited nak share dengan semua pembaca kat luar sana tentang sarapan saya pagi tadi. 

Siapa masa sekolah dulu-dulu suka makan roti sandwich sambal? Teringat zaman saya sekolah menengah dulu (tahun 1990an), saya dan kawan-kawan selalu beli roti sambal yg makcik kat kantin sekolah jual. Sangat sedap tau korang!! 

Setelah bertahun lamanya meninggalkan zaman persekolahan, barulah hari ini saya terkenang kembali memori itu..hukhukkk..nak menunjukkan memang dah lama saya tak makan roti sandwich berintikan sambal ni..sebab ape tau? sebab tak berapa nak rajin nak buat sambal tumis. hahaha..ok tak nak cerita panjang lebar, jom kite tengok sikit macamana rupa roti sandwitch sambal yg saya makan pagi tadi..

jeng jeng jeng~~!!




haaa...tunjuk sikit je dlu..hihi...kalau pembaca semua nak tahu, pagi td saya makan roti sandwich tu bersama sambal tumis serbaguna. Sambal tumis serbaguna ni memang sesuai dan sedap tau! Kelebihan dia sebab boleh dimakan terus. Pendek kata 'Ready to Eat'. Makan dengan roti, sapu terus sahaja sambal tu ke atas roti, dah boleh terus makan lepas tu.





Hehehe...itula rotinya yang telah disapukan dengan sambal tumis serbaguna keluaran Norad's Kitchen. 

Untuk pengetahuan pembaca juga, sambal ini pelbagai kegunaan. sebab itulah namanya sambal tumis serbaguna. Boleh digunakan buat ayam goreng sambal, ikan/udang/sotong goreng sambal dan sebagainya. Boleh juga dibuat sebagai bahan tumis untuk nasi goreng, mee goreng ataupun kuew teow goreng. 

Boleh tengok pelbagai kegunaan sambal ini di sini. Next entry nanti saya ceritakan lagi kegunaan sambal ini bersama produk-produk yang lain. 

Kepada yang berminat untuk dapatkan sambal tumis serbaguna Norad's Kitchen boleh hubungi saya untuk pembelian. Atau cari saya di Facebook - Norshahidah Abdullah. Selamat memasak bersama Norad''s Kitchen~~!!

No comments:

Post a Comment